Author: TamingSari
•Monday, September 06, 2010

Sebagaimana kata seorang wali Allah iaitu Rabiatul Adawiah:
… & Allah telah menjadikan lelaki itu mempunyai sembilan akal dan satu nafsu dan menjadikan perempuan satu akal dan sembilan nafsu. Bukanlah maksud saya di sini bahawa orang lelaki lebih bijak kerana dia diberi sembilan akal, tetapi, tujuannya untuk menyatakan ada perbezaan antara lelaki dengan perempuan. Secara umum, dari segi psikologi lelaki dan perempuan berbeza tentang:

- Cara berkomunikasi
- Cara berfikir
- Tahap kepekaan dan perasaan
- Tanggapan
- Tindakan dan perbuatan
- Kaedah mempamerkan kasih sayang
- Kehendak mempamerkan kasih sayang
- Kehendak dan pengharapan
- Cara mempamerkan penghargaan
- Cara dan tahap pengorbanan
- Cara dan daya khayalan
- Daya pengamatan dan konsentrasi
- Cara dan pengisian doa

- Orang perempuan juga suka mengubah penampilan diri dan tindakan pasangannya. Jadi pantang ada yang tidak kena dengan suaminya, isteri akan segera menegur dan menyuruh membuat perubahan. Sebaliknya orang lelaki biasanya, hanya akan memberi teguran apabila pasangannya agak keterlaluan. Umpamanya, apabila si suami melihat isterinya memakai pakaian yang terlalu ketat, maka dia akan menegurnya.

- Orang lelaki juga sering memberi tumpuan kepada aspek fizikal atau kebendaan manakala perempuan lebih menumpukan kepada aspek perasaan dan kemanusiaan. Lantas orang perempuan lebih mudah merajuk dan tersinggung dan lebih mudah bersimpati dan sedia berkorban.

- Bagi orang perempuan, mengalah itu tanda sayang dan pengorbanan manakala bagi lelaki, mengalah itu tanda lemah dan tiada prinsip kukuh. Jadi elakkanlah daripada merendah-rendah atau mencabar suami.

- Gerak hati orang perempuan adalah lebih tajam daripada orang lelaki. Jadi para suami mesti ingat, jangan cuba membohongi isteri!

- Orang perempuan, apabila risau atau mengalami ketegangan, akan menceritakan masalahnya kepada orang lain. Berbeza dengan orang lelaki, mereka lebih kerap mendiamkan diri apabila bermasalah.

- Orang perempuan mudah jadi marah, cemburu dan merajuk apabila imej dirinya menurun. Orang lelaki akan menjauhkan diri apabila imej dirinya tergugat.

- Satu lagi perbezaan ialah dari segi emosi. Emosi lelaki ibarat getah, manakala emosi perempuan ibarat ombak. Lantas orang lelaki jika marah atau merajuk biasanya tidak lama sekitar dua atau tiga jam saja. Marah atau merajuk perempuan, agak lama ada kalanya berhari-hari,malah berminggu-minggu.

Menurut Pakar Runding & Kaunselor Profesional, Dr. Tajudin Ninggal, lelaki dan wanita memang selalu serta wajar berkomunikasi antara satu sama lain. Katanya, dalam berkomunikasi itu, ada beberapa perkara timbul.

1)Wanita bimbangkan masa depan sehinggalah dia bergelar isteri. Sedangkan
lelaki tidak pernah bimbangkan masa depan sehinggalah dia bergelar
suami,katanya.

2)Tambahnya, wanita menangis untuk menyelesaikan tiga perkara, iaitu
membersihkan mata, mengeluarkan kimia stres dari tubuh dan sebagai tanda
bersedih akibat perasaan yang amat tersayat. Perhubungan yang baik antara
lelaki dan wanita amat wajar diwujudkan. Jika tidak, hilanglah seri
kehidupan ini.

3)Lelaki memang tidak suka mendengar leteran dan soalan remeh. Semakin
banyak dileteri dan ditanya, semakin dia tidak mempedulikan. Oleh kerana
terus diasak dan bosan, dia pun berbohong untuk meredakan keadaan,
jelasnya.

4)Selain itu, lelaki akan menganggap dirinya telah memberikan kepuasan penuh
jika wanita tidak bertanya untuk meminta bantuan. Bagaimanapun, meminta
bantuan perlu dilakukan dengan wajar. Jangan berselindung atau seperti
mendesak. Wanita perlu meminta dengan berterus-terang, ringkas dan
menggunakan perkataan seperti `Boleh tak?.


5)Seperkara lagi yang tidak boleh dinafikan ialah lelaki mampu menjadi
penyelesai masalah. Ini kerana, otak lelaki berorientasikan penyelesaian,
sedangkan otak wanita berorientasikan proses.


Ada beberapa perkara yang diperlukan lelaki dan wanita. Yang menariknya, jumlah perkara tersebut sama banyak, iaitu kedua-dua lelaki dan wanita memerlukan enam perkara.

Lelaki memerlukan kepercayaan, persetujuan, penghargaan, kekaguman, keizinan dan galakan. Wanita pula memerlukan perhatian, persefahaman, hormat, kesetiaan, pengesahan dan keyakinan.

This entry was posted on Monday, September 06, 2010 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Stay Healthy ^ ^

Ts