Author: TamingSari
•Tuesday, April 03, 2012
"Jika gaji kita RM 5000 tetapi kita kerja kuat seperti gaji RM 20000, Allah SWT akan berikan beza RM 15000 itu samada dalam bentuk duit, anak soleh, hidup bahagia dan lain-lain.
Jika gaji kita RM 5000 tapi kita kerja malas macam gaji RM 2000, beza RM 3000 itu Allah akan tarik samada dalam bentuk kecurian, kesusahan, anak nakal dan seumpamanya."

Sebab itulah semua mereka yang berjaya mempunyai tabiat "GIve more" kan.. Firman Allah SWT dalam Al-Quran pun ada mengatakan yang Allah sukakan umatnya bersungguh2 bila melakukan sesuatu pekerjaan yang baik. Wallahualam..

Sama2 kita berusaha dan berjaya dunia akhirat. Amin~ dipetik dari Prof Dr Muhaya
Author: TamingSari
•Monday, February 06, 2012

Oleh kerana kita ini manusia yang ada hati (qalb) yang juga membawa maksud 'berbolak-balik'. Kita janganlah terlalu suka dan janganlah membenci tak semena-mena. Semuanya biar berpada dan sederhana kerana bila-bila masa saja hati ini akan berbolak balik. Yang paling disukai boleh berubah menjadi paling dibenci, yang paling dibenci berubah menjadi paling disukai.

Islam melarang kita melampau dalam mencintai dan membenci sehingga membutakan mata kita daripada melihat kebenaran...

Percayalah...anda mungkin setuju dengan fakta ini...apabila kebencian seseorang melampaui batas, hatinya akan dipenuhi pelbagai sangkaan buruk setiap kali melihat orang yang dibenci itu melakukan atau mengucapkan sesuatu. Mereka ini sukar percaya bahawa ia mampu berbuat baik, bahkan mampu berniat baik!


dan lebih buruk lagi...bagi orang yang berlebihan dalam membenci ini, sanggup membuka aib dan keburukan seseorang yang lain hanya untuk menutup mata semua orang daripada melihat kebaikan orang yang dibenci nya itu..

Bagi orang yang mempunyai sifat benci yang melampaui ini akan merosakkan diri sendiri.
Oleh sebab itu, al-Hassan al-Basri berkata:

" Bersederhanalah dalam mencintai, dan tidak melampaui dalam membenci. Sungguh ramai orang yang binasa kerana berlebihan dalam mencintai. Dan sungguh ramai orang yang binasa kerana berlebihan dalam membenci.
(riwayat al-Baihaqi)


Sayidina Ali bin Abi Talib pernah berkata:

"Cintailah kekasihmu sekadarnya sahaja, siapa tahu ia akan menjadi musuhmu suatu hari nanti. Dan bencilah musuhmu sekadarnya sahaja, siapa tahu ia akan menjadi kekasihmu suatu hari nanti."


Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

" Tidak halal bagi seorang muslim menjauhi saudaranya lebih daripada tiga hari. Kedua-duanya berjumpa, namun saling berpaling daripada satu sama lain. Orang terbaik antara keduanya adalah yang terlebih dahulu mengucapkan salam." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Ayyub)


Ya Allah, kami meminta agar dapat menjaga keadilan dalam cinta dan benci. Dan jagalah mata hati kami daripada dibutakan oleh kedua-duanya. Benar, buta mata hati adalah seburuk-buruk musibah yang engkau timpakan kepada hambaMu di muka bumi ini. Amin YaRabbal Alamin..

Darkness cannot drive out darkness; only light can do that. Hate cannot drive out hate; only love can do that.
Martin Luther King, Jr.


I have decided to stick with love. Hate is too great a burden to bear.
Martin Luther King, Jr.


I honestly think it is better to be a failure at something you love than to be a success at something you hate.
George Burns



HIDUP INI TERLALU SINGKAT UNTUK MEMBENCI

Photobucket
Author: TamingSari
•Sunday, January 15, 2012


Beralah bukan semestinya kalah
menang tak semestinya juara
umpama tangis dan tawa
ada titis yang luruh mencalar jiwa
ada titis yang jatuh menjemput bahagia
umpama nyawa terukir membawa madu
ada masanya membawa hempedu

Terkadang
dengan mata hati
kita mampu merawat
parahnya kecewa
terkadang
dengan mata hati
kita mampu melihat
cerminan diri di wajah peribadi

Alhamdulillah

Jalan yang kita lalui

memang bukan mudah

Ada duri

Ada ranjau

Ada luka

Namun, masih ada indahnya

Pada harum bunga

Pada hangat mentari

Pada ribuan warna yang penuh pesona.


Photobucket



Author: TamingSari
•Sunday, January 15, 2012


Related Posts with Thumbnails

Stay Healthy ^ ^

Ts