Author: TamingSari
•Saturday, June 21, 2014



mungkin hamba adalah termasuk sebahagian orang2 yang mempunyai hayalan yang tinggi…
salah satu hayalan itu adalah hayalan ingin menjadi kaya raya tersndiri…
bukan karana kehidupan yang serba mewah yg ingin dinikmati...
makanan yang enak untuk drasai…
tempat tinggal yang mewah diduduki…
barang yang istimewa semata mampu dibeli...
hamba merasa, bukan itu ku punya obsesi…
tapi ada satu perkara yang menjadikan obeses itu harus ada dalam diri..
biar manusia masih berada pada tahap harga diri…
harga diri untuk tidak meminta-minta…
harga diri untuk tidak menjadi kanak-kanak; harga diri untuk tidak merasa tertindas…

untuk satu aliran darahku ini....
andaikan kaya pada diri dianugarkan ilahi…
akan kubelikan pakej perjalanan untukmu wahai diri…
karena jujur, kerananya, hamba malu sendiri…
yang dipertanyakan kenapa kita harus meminta2 jika kita mampu berdiri?
Sudah tiba saatnya kita berbahagi…
karena Allah telah menitipkan kelebihan, tapi kenapa selalu merasa kurang dan rendah diri?

apabila ada syukur untuk ditagih…
hamba yakin itu akan dirasakan lebih…
tapi apabila tidak merasa puas dan sedih…
maka , kurang adalah jawapannya untuk dipilih…
kebahagiaan yang hakiki adalah disaat kau mampu berbahagi tanpa letih…
kepuasan akan lahir disaat mata yang redup menjadi bersinar dan bersih...

untuk satu aliran darahku...
hitunglah berapa banyak rezekimu…
dan berapa banyak nikmat itu...
Syukur..relakan hamba, untuk diingatkan selalu..

Tuhanku...
izinkanku mengadu dengan hati naluriku…
izinkanku menangis dalam kaisan dosa hambamu…

hanya Engkau yang mengerti hamba…
hanya Engkau yang tak pernah bosan menjaga hamba…

hamba manusia yang banyak bermimpi…
kadang2 anganku melambung tinggi…
lupa kalau Engkau yang maha segalanya Ya Rabbi…

Sungguh..hamba memerlukan bimbinganMu…
biar alam sedar hadir dalam kelalaianku.

Alhamdulillah.. ^^

Photobucket




Author: TamingSari
•Saturday, June 21, 2014


Adakah anda perasan, satu ikat atau satu tandan pisang yang anda beli akan cepat rosak atau busuk setelah 2 atau 3 hari disimpan, tak kiralah di dalam atau di luar peti sejuk.

Adakah anda tahu, pisang akan lebih tahan lebih dari 5 hari jika anda mempraktikkan cara yang bukan sahaja senang, tapi mampu untuk memberikan anda ilmu-ilmu yang sangat menarik dalam mengenali selok-belok kejadian Allah swt, insyallah.

Langkah 1:  Memelihara setandan pisang:  Balut Batang dengan pembalut plastik.






Untuk menjaga satu ikat pisang segar untuk lebih lama, balut batang dalam satu atau lebih bungkus plastik (xkira walauapa jua jenis plastik).
 

 

Kaedah ini akan menghalang gas ethylene (dihasilkan secara semula jadi dalam proses masak, dan ia banyak dikeluarkan dari bahagian pangkal pisang), daripada sampai ke bahagian lain pisang dan menyebabkan ia masak terlalu awal.
Adakah anda tahu, dengan gas ethylene yang dikelaurkan oleh pisang ini, ia mampu membuatkan buah-buahan lain yang disimpan bersama akan cepat masak hasil dari pertolongan gas ethylene pisang ini. Seperti contoh, buah langsat atau duku yang masih mentah atau muda, akan masak setelah diletakkan 2 atau 3 hari bersama pisang.

(Langkah seterusnya adalah kaedah pilihan saya)

Langkah 2: Asingkan buah pisang dari sikatnya, dan ikat pangkal pisang tersebut dengan plastik kecil secara individu.

Pangkal bahagian bahagian setiap buah pisang juga mampu untuk mengeluarkan gas ethylene tapi tidak sebanyak bahagian sikatnya. Setiap  buah pisang juga mempunyai tahap masak yang berbeza-beza. Jadi, pisang  yang telah masak akan lebih cepat buruk berbanding dengan rakan pisang lain yang separa masak.


Photobucket
 
 
Related Posts with Thumbnails

Stay Healthy ^ ^

Ts