Author: TamingSari
•Tuesday, June 29, 2010



Janganlah kite ni selalu tuduh hantu le, jin le....tahyul semua tu. Fenomena kene tindih.... kepercayaan dan kebenaran..

just to share.... aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and readings, byk sgt orang dok citer pasal pengalaman kena tindih ni........ betul ker kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?

Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan,hujung jari, terasa berat kat dada...nampak mender2 pelik2 (hantu, makhluk hitam dan sebagainyer) ....

kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena....aku pun jujur pernah ade pengalaman kena 'tindih' ni masa skolah menengah dulu....aderla dalam 3-4 kali jugak....masa tu aku sedar....boleh bukak mata separuh..... aku tau aku sedar....tapi takleh gerak...seolah2 ad suara yang mmbisik kepadaku...kadang2 geram, sbb takleh gerak.....pastu 5 minit baru leh gerak....nak jerit pun susah…nak baca ayat2 Quran lagi payah (menmbahkan lagi kepercayaan)...

aku dulu pun takut...mmg ingat kena hempap dah...lps boleh gerak tu seram sejuk jer.....terus bangkit dan menghala pada kamar ibu bapa ku... tapi, setelah aku belajar skit2 pasal tubuh badan manusia and baca skit2 tentang isu sleep paralysis ni..... baru la aku tau kebenaran dia..... ni aku nak citer sket pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical nyer 'sleep paralysis'

Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur'....adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara). . ... temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis)

Photobucket

ok, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement.... .waktu nyenyak ni, bijik mata kiter gerak2) stage.....otak akan bagitau badan kita suruh rehat...so, badan kite kira macam switch off kejap.....REM atonia (tader muscle tone)......

ok, otak kiter pun ader switch off button....dipanggil reticular activating system RAS.......bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni......so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on.....kirenyer screensaver laaa or hibernate... so,, bila kita bangun, RAS switched on balik......kita sedar fully awake state....tapi kadang2, electrical signal tak diactivate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter...... maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika... before otak activate balik......mmg menakutkan tapi benar..... tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full..kadang2 partial atau sebahagian jer...tu ader yang boleh gerakkan ibu jari, tp badan lain lumpuh etc....

Satu lagi, sleep paralysis ni selalu jugak datang skali dengan hallucinations( halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa mender sentuh/hempap dll..)

Sebab2 atau mender2 yang boleh mentrigger sleep paralysis:
1. tidor dalam posisi terlentang terlalu lama
2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni...penat sgt)
4. stress yang byk kat otak...masalah keluarga, kewangan bla2

5. pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal....heheh extreme sgt contoh aku ni)

6. orang yang ader penyakit narcolepsy

Tapi..ap pun..sbgai umat yg bersyukur,kite kne juga amalkan doa2 ini sbgai doa harian yang dianjurkan oleh Rasulullah saw...

Doa apabila terganggu dan terkejut ketika tidur atau rasa kesepian

Maksudnya:

Aku memohon perlindungan dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kemurkaanNya dan azabNya, daripada kejahatan hambaNya dan daripada hasutan syaitan-syaitan dan daripada syaitan mendekatiku.

Doa ketika bangun dari tidur :

Maksudnya:

Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali.

Trima kasih sbb sudi mmbaca post kali nie, agak scientifik skit, kalau xpaham semue pun...tapi aku rase serba sedikit kite leh pham ap yg berlaku...sharing is caring...:)

ha..yg ni bukan setakat kene tindih, mimpi basah lagi...hehe..;D

Photobucket


Author: TamingSari
•Tuesday, June 29, 2010

Rasulullah saw bersabda : 'Mu'min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mu'min yang lemah .....'(HR Muslim)

Bagaimana agar senantiasa sihat seperti Rasulullah? Ikuti resepi berikut :

1) SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan solat sunah dan solat fardhu, solat Subuh berjamaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antara lain :
- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara subuh yang baik untuk kesihatan/ terapi penyakit TB
- Memperkuat fikiran dan menyihatkan perasaan (metenteramkan jiwa).

2 SELALU MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa rapi dan bersih, setiap hari Khamis atau Jumaat beliau mencukur rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi.

3) TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN
Sabda Rasulullah saw : 'Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan)'(Muttafaqun Alaih) .

Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 unsur : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan.

4) GEMAR BERJALAN KAKI
Rasulullah selalu berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, peluh akan mengalir, pori2 terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.

5) TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah : 'Jangan Marah' diulangi sampai 3 kali. Ini menunjukkan bahawa kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh iaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesihatan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :
- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring.
- Membaca Ta 'awwudz, kerana marah itu dari syaitan .
- Segeralah berwudhu'.
- Solat 2 rakaat untuk mendapat ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati.

6) OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis akan memberikan impak psikologi yang mendalam bagi ketenagan jiwa sehingga kita tetap sabar, istiqomah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT.

7) TAK PERNAH IRI HATI
Untuk menjaga kesihatan hati & ketenangan jiwa, jauhilah sifat iri hati




Author: TamingSari
•Monday, June 28, 2010

Bismillahirahmanrirahim..


Bagaimana nak hentikan batuk dalam masa 5 minit
Saya dapat petua ni dari kawan melalui e-mel (Zarina). Mengikut kata beliau petua ni mujarab (beliau telah amalkan petua ini bila anak-anaknya yang batuk)...teringat aku ketika kecil2 dahulu..ubat yang paling liat untuk aku makan adalah ubat batuk, kenapa?....tak sedap!!..;)

This is a must try.....
We have all been kept awake by our own or someone else's cough. Try this and pass it on.

ANYTHING is, better than antibiotics!

Even babies would benefit from this and the parents wouldn't worry about the safety of their child.


And of course, it is harmless and free from any type of side-effects.
WOW! I was raised, and raised my kids with Vicks. How come I never knew this? I can't wait for my next cough. Amazing!


READ IT ALL. It works 100 percent of the time, although the scientists at the Canada Research council (who discovered it) aren't sure why.

Treatment:
To stop night time coughing in a child (or an adult, as! we found out personally), put Vicks Vapor Rub or any other hot type of massage oil ( but Vicks is the best due to its unique ingredients)generously in the bottom of the feet at bedtime and then cover with socks.

Even persistent, heavy, deep coughing will stop in about five minutes and stay stopped for many, many hours of relief. This works 100 percent of the time, and is more effective in children than even very strong prescription cough medicines.


In addition it is extremely soothing and comforting and they will sleep soundly. I heard the head of the Canada Research Council describe these findings on the part of their scientists when they were investigating the effectiveness and usage of prescription cough medicines in children, as compared to alter! native therapies like acupressure.


My wife tried it on herself when she had a very deep constant and persistent cough a few weeks ago, and it worked 100 percent! She said it felt like a warm blanket had enveloped her. The coughing stopped in a few minutes, ! and believe me this was a deep (incredibly annoying!) every few seconds, uncontrollable cough and she slept cough-free for hours every night she used it.

If you have children or grandchildren, pass it on. If you end up sick, try it yourself and you will be absolutely amazed.


Senang cerita, KETIKA HENDAK TIDUR MALAM , SAPUKAN VICKS VAPORUB DI TELAPAK KAKI & SARUNGKAN DENGAN STOKIN..insyallah, batuk anda akan hilang dalam masa 5 minit sahaja dan tidur anda tidak akan terganggu.Jadi, x rugi kalau kita semua cuba kan...:)

How to stop cough in 5 minutes!!! This is a must try… JPhotobucket

Author: TamingSari
•Monday, June 28, 2010

Sunnah Nabi s.a.w elok dicontohi & sungguh bermanfaat !!!

dan yg pastinya kita kekal awet muda disamping itu kita juga boleh...... freekan?

"Bila Allah cepatmakbulkan doamu, maka Dia menyayangimu. Bila Dia lambat makbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu. Bila Dia tidak makbulkan doamu maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu. Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaanpun kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya"

Air liur basi yang diminum bersama air biasa ketika bangun awal pagi adalah penawar semula jadi paling mujarab dalam membentuk kesihatan seseorang insan. Ia mengandungi beberapa bacteria termasuk jenis yang baik untuk membantu proses penghadaman serta keadaan usus itu sendiri.

Setiausaha Parlimen Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, air liur basi yang dipandang jijik menyimpan khasiat khusus bagi mencerna sistem dalam tubuh manusia.
``Keberkesanan air liur basi bagaimanapun hanya untuk keperluan tubuh badan individu itu sendiri dan bukan untuk dikongsi dengan orang lain.

``Cara amalannya pula hanya berkesan jika seseorang itu bangun dari tidur dengan terus meminum air putih biasa tanpa perlu mencuci muka, berkumur-kumur atau membersihkan badan,'' katanya.

Sistem rawatan tersebut menurut Dr. Mashitah, telah menjadi amalan Rasulullah S.A.W dalam kehidupan harian baginda dan telah dikesan kemujarabannya oleh pakar sains perubatan moden.
Pakar Pemakanan Jabatan Pemakanan dan Sains Kesihatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Rokiah Mohd Yusof, berkata antara bacteria baik ialah lactobacillus dan bisido, bacteria yang berkhasiat dalam system pencernaan tubuh manusia.

Beliau menyarankan seseorang itu menggosok gigi setiap kali sebelum tidur bagi mengurangkan bacteria yang tidak baik berkumpul di dalam mulut.

‘Air liur basi yang diminum bersama air biasa ketika bangun pagi akan masuk ke bahagian usus kecil untuk tujuan penghadaman sebelum berkumpul di usus besar”

Dr Rokiah berkata, air liur juga mengandungi enzyme yang boleh menghadamkan karbohidrat dan jika ditelan akan mmbantu memudahkan makanan memasuki saluran tekak.

Sistem rawatan tersebut telah menjadi amalan Rasulullah SAW dalam kehidupan harian baginda dan telah dikesan kemujarabannya oleh pakar sains perubatan moden. Nabi Muhammad semasa hayatnya akan meneguk air putih biasa terlebih dahulu sebelum baginda bersugi dan berwuduk menunaikan solat subuh setia p pagi.

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,

wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.

Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku

Photobucket

Author: TamingSari
•Monday, June 28, 2010


Ibu bapa tidak digalakkan memberi bayi berumur enam bulan ke bawah minum banyak air.
MINUM air yang terlalu banyak boleh menyebabkan kehilangan elektrolit yang diperlukan tubuh.


Photobucket

PAKAR perubatan di Pusat Kanak-kanak Johns Hopkins di Baltimore, Amerika Syarikat, mengingatkan ibu bapa bahawa memberi bayi mereka yang berumur enam bulan ke bawah minum terlalu banyak air boleh membawa kemudaratan yang meragut nyawa.

“Walaupun mereka masih kecil, mereka juga mempunyai refleks untuk berasa dahaga. Dan apabila mereka dahaga, mereka sepatutnya diberi minum susu badan atau susu formula, bukannya air kosong,” kata pakar kecemasan pediatrik di pusat itu, Dr. Jennifer Anders.

Ini kerana buah pinggang bayi masih belum matang. Memberi mereka minum terlalu banyak air akan menyebabkan tubuh mereka membebaskan sodium bersama-sama air yang berlebihan.

Kehilangan sodium boleh memberi kesan kepada aktiviti otak. Petanda awal berlakunya keracunan air ialah mudah meradang, pening kepala dan perubahan mental yang lain. Simptom lain termasuklah suhu badan yang rendah, muka sembap dan membengkak serta sawan.

Menurut Anders, simptom yang ditunjukkan kurang jelas, jadi sawan mungkin merupakan simptom pertama yang dapat dikenal pasti oleh ibu bapa.

ELAKKAN daripada memberi susu yang terlalu cair kepada bayi.
Tetapi jika bayi mendapat perhatian perubatan awal, sawan berkenaan mungkin tidak akan meninggalkan kesan yang berpanjangan.

Air tidak sepatutnya diberi sebagai minuman kepada bayi yang berumur enam bulan ke bawah. Ibu bapa juga seharusnya mengelak daripada memberikan susu formula yang terlalu cair atau minuman pediatrik yang mengandungi elektrolit.

Konsultan laktasi Toronto, Kanada, Anne Kirkham, menjelaskan, “Memberi bayi anda air boleh mengakibatkan perkara yang tidak diingini berlaku menyebabkan kehilangan perkara-perkara yang baik.”

Contohnya, pengambilan air pada hari pertama selepas kelahiran didapati meningkatkan demam kuning.

“Tidak ramai bayi yang menyusu badan berdepan dengan masalah demam kuning. Tetapi bayi yang diberikan air sebaliknya mengalami simptom demam kuning lebih teruk. Mereka juga lebih mengantuk dan cepat penat,” kata Kirkham.

Memberi air pada minggu-minggu awal juga akan memberi kesan kepada menyusu badan. Bayi yang kenyang dengan air akan minum kurang susu semasa menyusu badan dan akibatnya payu dara ibu akan mengeluarkan susu yang kurang.

Dengan itu, bayi akan mendapat susu yang kurang dan pertumbuhan tubuh yang tidak positif.

Sebuah kajian di Australia mendapati bayi baru lahir yang diberikan air yang mengandungi gula selepas setiap kali disusui kehilangan lebih banyak berat badan berbanding bayi yang minum susu ibu semata-mata

Sumber : Kosmo 26 Mei 2008

Author: TamingSari
•Friday, June 18, 2010


ku biarkan tinta berbicara…
bicara yang tiada makna pada pembaca…
Namun ku titipkan luahan rasa…
Yang mengalir darah ilusi pada sebuah rasa.

Ah, terlalu sukar untuk memberi maaf. Bahkan lebih sukar daripada meminta maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terngiang-ngiang segala kata. Masih terbayang semua tingkah dan perlakuan. Wajah 'orang-orang bersalah' itu terasa begitu menjengkelkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan harga diri. Ah, apakah maruah ini terlalu murah untuk di sorong tarik dengan harga yang rendah? Dan cukup sakit, apabila mengenangkan 'musuh-musuh' itu tersenyum dengan kemenangan.

Namun, itu hanya bisik 'hati besarku'. Yang melantunkan suara ego dan marah. Kesat dan kesumat. Tetapi jauh dari dalam diri...ada suara lain yang bergetar. 'Hati kecil' yang tidak jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. Bisik telus yang meredakan amukan rasa.Maafkan, lupakan...cintai, sayangi...Berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri. Begitu bisik hati kecil itu selalu.

Pada sebuah persimpangan rasa, tiba-tiba hati disapa oleh sebuah firman:"Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan.Nescaya engkau akan mendapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara"Wahai diri,api jangan dilawan dengan api.

Nanti bakarannya akan membakar diri sendiri. Menyimpan dendam sama seperti membina sebuah gunung berapi di dalam hati. Semakin besar dendam itu, maka semakin sakit hati yang menanggungnya. Musuh-musuh mu terus ketawa, sedangkan kau sendiri menderita meneguk bisa.

Musim-musim terus berlalu sewajarnya mendewasakan aku. Pengalaman lampau sentiasa membuktikan bahawa permusuhan hanya akan memberi kepuasan sementara. Apabila 'fatamorgana' itu berlalu. Aku akan menjadi lebih dahaga daripada sebelumnya. Apakah akan ku terjah perangkap itu berkali-kali? Oh,tidak. Mukmin tidak akan terperosok dalam lubang yang sama dua kali. Begitu maksud sebuah sabda. Justeru? Cukup sekali!

Biarlah musuh itu ketawa sepuas-puasnya. Beban rasa ini biarlah aku letakkan. Tidak akan ku bawa dalam safar kehidupan yang pendek ini. Hidup terlalu singkat untuk membenci. Bermusuh dengan orang lain, sama seperti bermusuh dengan diri sendiri. Memaafkan orang lain,sama seperti memaafkan diri sendiri. Kata bijak pandai: "Apa yang kita berikan akan kita terima kembali"

Ah, betapa leganya sekarang...Benarlah bahawa kebaikan itu tampak sukar untuk dilaksanakan. Pahit. Sakit. Tetapi apabila dilaksanakan akan terasa kemanisannya. Manakala kejahatan itu tampak mudah, indah dan manis. Namun apabila dilakukan, pasti ada kekesalan, kepahitan dan keresahan. Ketika ini terasa benar apa yang selalu didengar di dalam tazkirah - yang punya tabsyir dan inzar - bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan. Dendam itu dosa. Memaafkan itu pahala. Memaafkan menjemput datangnya 'syurga' yang fana, sebelum syurga yang baqa'.

Kini hatiku tertanya-tanya lagi...siapa aku, yang begitu sukar memaafkan? Tuan? Tuhan. Aku hanya hamba. Sedangkan DIA Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil ini untuk terus berdendam? Ya ALLAH, ampunkan aku. Sengaja atau tanpa sengaja, sering atau kekadang...aku 'terlanjur' menumpang hak-MU..

Mata itu brterusan bergolek, Sambil jiwa bersemai molek…
Walau ilmu ringkas dan pendek, Walau menulis ke fajar sadik…
Rasanya berterusan berkocek, Tidak sembunyi mahupun lokek…
Kerna zahirnya suatu; bukan merepek, Kerna lahirnya suatu; bukan dirobek…

Ikhlas frm someone special: Diary 13 January 1982 :)

Photobucket
Author: TamingSari
•Sunday, June 13, 2010

Mata itu brterusan bergolek, Sambil jiwa bersemai molek…
Walau ilmu ringkas dan pendek, Walau menulis ke fajar sadik…
Rasanya berterusan berkocek, Tidak sembunyi mahupun lokek…
Kerna zahirnya suatu; bukan merepek, Kerna lahirnya suatu; bukan dirobek…!

Jika kamu memancing ikan….setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu
mengambil terus ikan itu….
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam
air begitu sahaja….
kerana ia akan sakit…
oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin
ia akan menderita selagi ia masih hidup…

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan
kepada seseorang…
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga
hatinya….
janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu
sahaja….kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia
mengingatimu….

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu
mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh…. cukuplah sekadar keperluanmu….
Apabila sekali ia retak…. tentu sukar untuk kamu
menampalnya semula….
akhirnya ia dibuang….
sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih
boleh digunakan lagi….

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah
seadanya….
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu
menganggapnya begitu istimewa….
anggaplah dia manusia biasa.Apabila sekali dia melakukan kesilapan …bukan mudah
bagi kamu untuk menerimanya…. akhirnya kamu kecewa
meninggalkannya.Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan
kamu akan berterusan hingga ke akhirnya….

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi… yang kamu
pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan…Berkhasiat…
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang
lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh
memakannya.
Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang
insan…..
yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu.
Menyayangimu… Mengasihimu…
Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan
yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi
milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal…..

Pernah kita untuk terfikir apa yang akan berlaku di masa hadapan? muka yang kacak akan berkedut seribu,anak-anak yang terlebih nakal dari kita,seringgit sama nilai sepuluh ringgit, dan memacam lagi. Jika difikirkan masalah ini,tentu tak tidur malam dibuatnya.

jadilah seperti kanak-kanak kerana hidupnya dan fikiran dalam ruang masa sekarang.Kalau bergaduh,esok pagi boleh tepuk tampar lagi.Masalah diselesaikan di kamar tidur.Setiap hari ceria sekali. Dalam kesibukan bekerja sedekahlah sedikit senyuman kepada orang di sekitar kita.Apa-apa yang kita buat ada balasannya sama ada cepat atau lambat.Budi yang dibuat usahlah hendak dikira atau diingatkan tetapi jadikan sebagai daya tolak untuk terus melangkah…langkah sekecil langkah semut sekalipun perlu dilakukan untuk mengejar impian…perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.

ku biarkan tinta berbicara…
bicara yang tiada makna pada pembaca…
Namun ku titipkan luahan rasa…
Yang mengalir darah ilusi pada sebuah rasa.


Photobucket

Author: TamingSari
•Tuesday, June 01, 2010
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. "
al-Baqarah 120


Lokasi dimana serangan dilakukan oleh Tentera Israel

Kapal Marvi Mamara yang mengetuai konvoi bantuan ke Gaza..Persiapan sedang dijalankan
Kapal Misi Keamanan Gaza berlabuh di Cyprus sebelum bertolak ke Gaza


Sebelum serangan..sukarelawan berehat sebelum tiba di palestin..

Sebelum serangan..Seorang Sukarelawan sedang bersolat dalam perjalanan ke Gaza.."Ya Allah, mudah2an perjalanan kami lancar"


Kapal peronda Israel mengawal Pelabuhan Ashdod di Israel sebelum dan selepas serangan

Bot Komando Tentera Israel menghampiri Kapal Misi Bantuan




Komando Israel menaiki kapal..

Serangan dilakukan di perairan antarabangsa,satu pencabulan undang2 oleh Israel
Sukarelawan ini cedera dalam serangan komando Israel

Alangkah kejamnya, komando dihantar untuk menawan psukan sukarelawan yang tidak bersenjata..?


Sukarelawan yang cedera dibawa ke Hospital di Israel..bagaimana yang telah syahid?...


Setakat ini, 16 diketahui syahid manakala lebih kurang 30 cedera dalam serangan tentera Israel
Bagaimanakah nasib sukarelwan kita?
Syeikh Raed Solah(kiri) Tokoh Pejuang Palestine diberitakan cedera parah dalam serangan tentera Israel
Rakyat Malaysia yang menyertai Misi..nasib mereka belum diketahui


Setelah mendengar berita serangan Israel, masyarakat cuba untuk mmbantu..tapi..apakan daya..?
Tentangan dari penduduk Turki

Marah...penunjuk perasaan membakar bendera Israel serangan keatas Konvoi Misi Kemanusiaan Gaza

Cedera setelah diserang tentera ISrael dalam bantahan ke atas serangan..

Warga Palestine ini cedera ditembak tentera Israel dalam bantahan di Ramallah

Penduduk dunia mengutuk keras serangan ganas Israel

Ya Allah, Berikanlah keselamatan kepada penduduk Palestina dari serangan zionis Israel… Sabarkanlah hati mereka dalam menghadapi cubaan seberat ini… Berikanlah syurga-Mu kepada mereka yang mati syahid atas serangan Israel…




Related Posts with Thumbnails

Stay Healthy ^ ^

Ts