Author: TamingSari
•Friday, August 27, 2010
Author: TamingSari
•Friday, August 27, 2010




kita mempunyai bangunan yang semakin tinggi...
tapi kesabaran yang semakin rendah.
jalan yang semakin lebar...
tapi sudut pandang yang semakin sempit.
semakin banyak membelanjakan...
tapi semakin sedikit yang dimiliki.
semakin banyak membeli...
tapi semakin sedikit yang dimiliki.


ada rumah yang semakin besar...
tapi kehidupan rumah tangga yang semakin terpencil.
semakin banyak tersedia kesenangan...
tetapi semakin sedikit waktu untuk menikmatinya.
semakin banyak pengetahuan...
tapi semakin sedikit kebijaksanaan.
semakin banyak para ahli...
tapi semakin banyak masalah.
semakin banyak ubat...
tapi juga semakin sedikit ketenangan.
kita memiliki semakin banyak barang dan kepemilikan...
tetapi semakin berkurang nilainya.
kita semakin banyak bicara...
tapi sedikit mendengar.






kita belajar untuk mencari nafkah kehidupan...
tetapi gagal menemukan kehidupan.
kita telah banyak menambah tahun dalam kehidupan...
tetapi gagal untuk merasakan kehidupan dalam tahun tahun yang dijalani.
kita telah berhasil pergi kebulan dan kembali...
tetapi mmpunya masalah pergi kedepan rumah untuk menemui tetangga.
punya penghasilan yang tinggi...
tetapi moraliti yang semakin rendah.
kita belajar untuk membuat udara lebih bersih...
tapi kita mengotori jiwa kita sendiri.
kita belajar untuk memisahkan atom atom...
tapi tak sanggup memisahkan prasangka-prasangka buruk kita.




kita memiliki kuantiti yang berlimpah ruah...
tapi kualiti yang semakin kurang .
ini adalah waktu dimana ada orang semakin tinggi kedudukannya...
tapi makin singkat sifat kepribadianya.
keuntungan kewangan mengunung tinggi...
tapi hubungan dengan sesama semakin janggal.
makin banyak hiburan...
tapi makin sedikit rasa kebahagiaan.
makin banyak makanan...
tapi makin berkurang nutrisinya.
ini adalah saat dimana keluarga jadi ganda...
tapi perceraian dimana mana.
makin banyak rumah yang indah..tapi makin banyak rumah tangga yang pecah.

Author: TamingSari
•Wednesday, August 25, 2010

...·

. . ...Anda dpt brtenang & brsabar seandainya hajat anda tidak trcapai…MySpace

...Anda mmpu mnyembunyikn perasaan anda yg trluka & tersinggung oleh ssorang dlm kumpuln & brlaku sbagai biasa...

MySpace

...Anda tidak iri hati bila melihat org lain dipuji & disnjung…MySpace

...Anda dpt mghadapi kebencian org yg anda benar2 merasa tdk sewajar dgn mereke…MySpace

...Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda mndapat prkara yg anda fikir bole dapat…

MySpace

...Anda dpt menahan rasa sakit ati & malu seandainya anda tidak dpt hidup setaraf dgn rakan sejawat anda...

MySpace

...Anda terus berlaku adil & saksama walaupn suasana sekeliling mghalang mksd anda…MySpace

...Anda dpt menerima kritikan & salah phm org tnpa mmperbesar2kannya…MySpace

...Anda mmndag jauh kedepan, umpama dgn sabar mnggung kesusahan demi kepentingn masa dpn, tnpa merasa resah, bimbang dan ragu…

MySpace

...Anda mmberi presetujuan kpd pndapat2 yg anda tidak setuju dlm perdebatan tnpa merasa sakit ati @ tidak senang …

MySpace

...Anda berbahagia brsendirian dgn mmpunyai satu kegemaran atau hobi yg benar2 anda minati…

MySpace

...Anda mengaku dgn jujur tidak tau @ org2 yg lebih berpengaruh tnpa sentiasa berusaha untk menimbulkn kesan2 negatif…

MySpace

...Anda akn cuba mlakukan sesuatu dgn sederhana bukannya berlebih2an untk mnnjukkn bhw anda dpt melakukannya dgn lebih smpurna…

MySpace

...Anda dpt mndahulukan kpentingn org lain wlaupun anda tidak merasa senang kerananya…

MySpace

...Anda boleh brlaku wajar dan saksama trhadap org2 yg anda tidk sukai…MySpace

...Anda dpt mewujudkan rasa kasih-sayang, cinta @ boleh brsahbt tnpa mndpt tmpt yg utama dlm hidup mereka…

MySpace

...Sekiranya anda lelaki, anda dpt bekerjasama @ brshbt dgn wanita tnpa mgmbil ap2 kesempatan ats mereke…

MySpace

...Sekiranya anda wanita, anda dpt bekerjasama @ brshbt dgn lelaki secara baik, disenangi & dihormati mereka…

MySpace

Author: TamingSari
•Saturday, August 21, 2010
TAHUKAH ANDA? MySpace


1)Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.
MySpace


2)Tahukah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.
MySpace


3)Tahukah anda, sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan
MySpace


4)Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.
MySpace


5)Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.
MySpace


6)Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.
MySpace


7)Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.
MySpace


8)Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.
MySpace


9)Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.
MySpace


10)Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.
MySpace


11)Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.
MySpace


12)Tahukah Anda.....mmm..dah xder idea..sori2
MySpace


13)Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?
MySpace (sedang berusaha)





Author: TamingSari
•Tuesday, August 17, 2010



Persoalan Hidup Seorang Manusia,Kenapa ?

KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129

ARGHHH AKU X TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!

"... .. dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

Ertinya: "Tiada tuhan selain Engku (ya Allah) Maha Suci Engkau, sesungguhnya hamba termasuk orang yg aniaya (banyak dosa)
Author: TamingSari
•Saturday, August 07, 2010

Seperti kata seorang sahabat;

"...nasib adalah kesunyian masing-masing,
dan aku memang tak pernah merelakanmu menerima bahagiannya,
kerana seperti katamu sendiri, kesunyian menikam begitu menyakitkan.. Dan kamu tak berhak menerima kesunyian itu, nasib itu hendaknya kamu bahagikan dengan aku dalam keadaan apapun dan encyclopedia tak pernah menorehkan apa yang ada di hatimu..."

(hmm..jika tidak phm abaikan...hehe..^^)

Lagi-lagi mengenai kesunyian itu yang mengembara dan mematangkan hidup...
kadang2 aku ingin bertanya pada matahari..hmmm…mcm mana ya?
Apakah tuan hamba pernah juga merasa sunyi dalam tugas??

Alhamdulillah, aku tak menjadi binatang hanya sedar dirinya hidup ataupun mati dan mereka tak pernah berpikir tentang kesunyian..(hmm, tetibe kluar bab binatang nie..hehe...prinsip:masuk otak kuar kt tgn, peace!!..^^)

Kalau nasib adalah kesunyian masing-masing…
sepatutnya kutolak saja nasib itu…

Kesunyian selalu disamakan dengan kesepian, kekosongan, kehampaan dan ke’tanpa’an... Ketanpaan kerana keberadaan kita tanpa orang lain, tanpa kawan, tanpa sahabat, tanpa anggota keluarga dan tanpa yang lainnya. Tapi itu perkara yang wajar tentang kesunyian bukan? Apalagi jika ketanpaan itu ditemani malam yang pekat. ..Pasti sungguh wajar…^^

Kesunyian di tengah keramaian atau di tengah orang banyak? Oh...(cewah..hehe), inilah kesunyian yang merupakan kesepian yang dalam. Kesepian yang timbul dari dalam hati yang kosong dan hampa…. Kesepian dari hati yang sedang terluka…. Kesepian kerana ditinggalkan….. Kesepian kerana kehilangan…. Kesepian kerana kecewa dan putus asa. …Sungguh …sebuah kesepian yang mendalam.

Kamu pernah merasakannya? Memang tak semua orang mahu mengakuinya. Aku jujur, pernah. Beberapa kali. ….Wajar semua manusia pernah mengalaminya..^^..bagiku, ia antara guru2 kematangan..

Bila diterpa sunyi, ada rindu yang berputik. Bila dicengkam sepi, ada resah yang terbit. Natijahnya, kesunyian dan kesepian amat merimaskan. Apabila aku diterpa sunyi, aku akan berdiri di laman rumah. Memandang langit yang terbentang luas, kerinduan terubat jua. Ketika sepi bertandang, aku selalu melihat bintang di langit. Perasaan akan jadi lega serta-merta.

Bergelumang dengan perasaan sunyi dan sepi benar-benar membuatkan hati gundah. Entahlah, sukar untuk kita mengerti mengapa kita berasa sepi dan sunyi walau ada kawan atau teman di sekeliling....

Mungkin, semuanya harus kembali semula ke titik permulaan, iaitu iman dan taqwa. Hati ini sepi, mungkin kerana kurangnya amal. Jiwa ini sunyi, mungkin kerana tidak mendekati yang Maha Esa…

Justeru itu, marilah kita timbal semula, renungkan sejenak. Bila diri kesunyian dan kesepian, sejauh manakah kita mengingati Yang Maha Pencipta…

“never feel lonely, caused Allah The Almighty always with you, so ask for His forgiveness and His mercy.“

…..

I knew then how much He loved me. What’s eating you today? Are your problems weighing heavy on your heart? Know then, that you are loved.

……………………………………………

Even you have been through the storm, but look at to yourself you are still standing, you are still here………

If it doesn’t kill you… it will make you stronger.

“Live simply. Love generously. Care deeply. Speak kindly and…

Leave the rest to Allah (SWT).“

He knows best—

…..


p/S:
tetiba henfon hamba masuk sms "anda merasa kesunyian? Hanya type ‘ on sunyi ‘ dan hantarkan ke bla bla bla "..by celcom ke tah ape..mcm2….^^

Photobucket

Author: TamingSari
•Friday, August 06, 2010



Mungkin sudah banyak kejadian ataupun kenangan yang selalu membuat hati kita 'sakit' dan terusik. Mungkin sudah banyak rasa pedih dan sedih yang kita alami, kerana hal-hal yang besar, maupun yang kecil. Sesungguhnya memang inilah 'bumbu' dari hidup setiap manusia. Hidup itu keras, hidup itu perjuangan. Kadang kita terjatuh ke dalam lubang yang paling dalam, meskipun kadang kita seringkali berada di puncak kebahagiaan namun tak menyedarinya.

Sampai bila rasa sakit ini ada? Sampai bila cubaan datang bertubi-tubi? Sesungguhnya cubaan itu tak harus sesuatu yang nyata. Pernahkah kau sedar akan kesendirianmu? Pernahkah kau sedar akan jauhnya engkau dari orang-orang yang kau sayangi? Pernahkah kau sedar akan jauhnya engkau dari Tuhanmu?

Jalan keluar tak pernah berhenti kita cari, berusaha sudah bagaikan tak mampu lagi, namun seberapa sering semua itu tidak menghasilkan apa-apa? Berputus asakah kita? Beruntunglah bagi orang-orang yang berani menghadapinya, namun tak sedikit juga yang melarikan diri darinya.

Alangkah indahnya saat semangat kita sedang terjatuh, kita melihat kepada sebuah pohon yang di mana dedaunannya terjatuh dari rantingnya. Kerana sesungguhnya:

Bukankah tak ada satu daunpun yang jatuh dari pohonnya, kecuali Tuhan mengetahuinya? Jika daun yang sekecil itu, yang mungkin jatuhnya ke tanah tak bererti apa-apa, Tuhan saja mengetahuinya, apalagi hambaNya yang menatapNya ke atas sana dan memohon kepadaNya dengan isak tangis dan air mata.

Jangan pernah takut akan kegagalan. Yakinlah semua itu telah diatur. Jika engkau percaya bahawa semua kenikmatan yang ada di muka bumi ini ada yang mengaturNya, demikian juga dengan cubaan. Yakinlah bahawa cubaan itu tak ada yang selamanya. Ambillah cubaan itu dengan sikap yang positif, dengan menganggap bahawa cubaan itu merupakan sebuah cara agar engkau lebih dekat dengan Tuhanmu. Sesungguhnya cubaan memang benar-benar akan mendekatkan engkau dengan Tuhanmu.

Usaplah wajahmu... Ucapkan syukur... Sesungguhnya Tuhan sayang kepada hamba-hambaNya... Maka tunjukkanlah padaNya engkau layak untuk disayangNya...amen

Photobucket

Related Posts with Thumbnails

Stay Healthy ^ ^

Ts