Author: TamingSari
•Sunday, May 30, 2010



Kini telah tiba di wilayah paling sepi,

helai kering kian berkecai di tanah,

di sisi sedia mnnti akar lapar,

dan cacing gelisah,

Ketika sedang seronok melihat telatah anak-anak kecil di tepi paya, terlontar kembali ingatanku ke masa silam,masa kecilku yang tidak mengerti resam kehidupan penuh pancaroba.

Terkenang saat menjadi tunas,

kemudian bertukar mnjadi pucuk,

agam pada dahan paling tinggi,

mghadap mntari dan angin suci

setiap hari ku rasakan seperti hari Ahad. Perang kecil di kampung sudah biasa. Kesakitan bisa ditembak putik bunga jambu sudah biasa di badanku. Senapang bambu masih lagi ditangan ketika dikejar musuh. derasnya adranelinku hanya tuhan sahaja yang tahu.

Tanpa sedar ia smkin tertolak,

hingga ke ranting paling bawah,

berpaut pada dahan paling rendah,

mengguning kemudian gugur ke tanah

Hanya ini sahaja yang mampu mengembirakan hati kecil anak desa ketika itu. Tiada mainan elektronik yang mahal untuk ditatap yang hanya layak di sebalik cermin jernih di kedai.

Sewaktu berada di pohon itu,

ia turut bersatu merimbun hijau segar,

mncipta abar dan teduhan mnjalar.

Aku bersyukur hidup aku sebegitu.Lingkaran materialistik tidak mengenggam erat diriku.Andai aku tercampak ke kawasan yang terpencil dan jauh dari kemajuan,aku tidak kisah untuk terus melangkah.Biarlah sandiwara masyarakat di situ menjadi teman hidupku yang baru.Mundurnya kehidupan tetapi akalnya celik.

Setelah terdampar diperdu pohon,

terpampang di ruang pandangan,

satu demi satu pucuk diatas,

mmbesar dan semakin kebawah,

akhirnya gugur ke tanah,

berkongsi sungkawa dari helai berkecai.


ku biarkan tinta berbicara…
bicara yang tiada makna pada pembaca…
Namun ku titipkan luahan rasa…
Yang mengalir darah ilusi pada sebuah rasa.

.




Author: TamingSari
•Wednesday, May 26, 2010


Mata itu brterusan bergolek, Sambil jiwa bersemai molek…
Walau ilmu ringkas dan pendek, Walau menulis ke fajar sadik…
Rasanya berterusan berkocek, Tidak sembunyi mahupun lokek…
Kerna zahirnya suatu; bukan merepek, Kerna lahirnya suatu; bukan dirobek…

setiap hari yg berlalu merupakan mukasurat diari kehidupan kita… kita yang menentukannya apa coraknya,ramuannya dan sebagainya...kekadang hari yang yg kita lalui tidak seindah yang diharapkan...kita merungut,meyumpah dan sebagainya…apakan daya kita yg merancangkan kehidupan kita sedemikian… tak dinafikan perancangn Yang Maha Esa lebih tepat, tapi ini tidak boleh dijadikan alasan untuk meyerahkan segalanya bulat2 kepada-Nya...kekadang ada org menyalahkan takdir atas apa yang berlaku…ada yang berserah sepenuhnya kepada takdir…pandangan itu wajar dilontar jauh2...cuba kita fikirkan sejenak...mengapa kita di wujudkan dimuka bumi ini? untuk apa? jika tahu jawapannya mungkin kita akan hargai setiap detik yg kita lalui pada hari tersebut...andai manusia boleh memutar kembali masa yang lalu, maka tiadalah sejarah…sejarahlah yang menjadikan kehidupan ini lebih mencabar untuk diterokai. ..mungkin itu saja yg hamba mahu blogkan...mungkin ada yg menganggap perkara ini remeh tapi fikir-fkirkan…wassalam =)

ku biarkan tinta berbicara…
bicara yang tiada makna pada pembaca…
Namun ku titipkan luahan rasa…
Yang mengalir darah ilusi pada sebuah rasa.

Related Posts with Thumbnails

Stay Healthy ^ ^

Ts