Bertanya pada diri tentang takdir dan suratan tentang hati dan budi tentang hari ini dan semalam.
Lantas fikir membuka hikayat rasional lantang mendebatkan.
Kata fikir: takdir mengajak kita pasrah suratan mengajar kita berserah.
Kata rasional: takdir menuntut ketabahan bukan sekadar pasrah semata suratan menggamit kesedaran agar tak kecundang dan hanya berserah.
Kata fikir: hati itu lukisan keinsanan budi itu cerminan peribadi.
Tapi kata rasional: hati itu tak seluhur keinsanan bertiangkan emosi berpasakkan nafsu budi itu sekadarnya bukan peribadi tunjangnya budaya akarnya bangsa.
Hujah fikir: hari ini harus ditempuh semalam harus ditinggalkan kerana semalam telah berlalu dan takkan mengubah hari ini.
Namun rasional tetap menegaskan: tanpa semalam hari ini hanyalah omongan kosong dan igauan semata. aku pejam, dan aku melihat, tenang, senyuman, kasih sayang.
aku pejam, dan aku menafsir, tenang, senyuman, kasih sayang.
aku pejam, dan jawapan, ia kini semakin tenang, dan dapat mengukir senyuman, dipahat kasih dan sayang.
Ada seseorang yang punyai hidup yg bahagia, punya keje yg baik dan kuarga yg menyayanginya.. dapat menikmati segala kemudahan, nikmati pemandangan dan nikmati lagu2 kegemaran, tapi satu hari dia diberi ujian oleh Allah.. tetiba dia kerugian yg melibatkan kewangan
Pening kepala nyer.. nak bayar utang keliling pinggang.. Tension!.. Serabut!.. Hampir putus asa!.. Pas tu dia bik wudhuk dan solat.. kemudian dia terbayangkan.. dia mampu lagi usaha dgn kudrat yg ada apalah masalah nyer kalau nak di bandingkan Si A
Si A seorang yg buta penglihatan.. dia masih ada kudrat cuma terhad pada penglihatannya.. dia memandang melalui gambaran hati nyer, dia mewarnai hidupnya dengan sentiasa berusaha mencari rezeki dengan tahap keupayaannya.. satu hari Allah mengujinya sukar dapat keje biarpun ada ijazah
Hati nyer jadi kecewa.. camna nak tanggung diri nanti.. Sedih!.. Buntu!.. Hampir putus asa!.. pas tu dia bik wudhuk dan solat.. dia mula tersedar dan mohon keampunan dari Allah, dia mampu lagi cari keje lain.. lambat dan cepat aje.. apalah masalah nyer kalo nak dibandingkan ngan Si B
Si B seorang yg tidak punyai dua belah kakinya.. bergerak hanya dengan kerusi roda.. dia masih bleh wat keje melalui tangannya yg kuat.. dia bleh keje sbg operator sambut panggilan dan keje2 pejabat.. satu hari Allah menduganya dia dah dapat keje tapi takde kenderaan yg bleh bawak dia gi keje
Dia jadi marah.. satu teksi pun tak nak tlg antar sebab leceh nak angkat kerusi roda ke bonet kete.. Sakit hati!.. Geram!.. Hampir putus asa!.. pas tu dia bik wudhuk dan solat.. dia akan cuba dapatkan bantuan motor utk OKU dari JKM.. apalah masalah nyer kalo dibandingkan ngan si C
Si C seorang yg mengalami sakit saraf yg menyebabkan lumpuh separuh badan dan tak mampu nak bergerak dengan aktif.. tak bleh keje.. kemampuan nya hanya terhad pada tangan yg membolehkan dia membaca dan menulis.. tapi tangannya tak leh kuat macam si B kerana lemah.. satu hari Allah memberi cubaan padanya.. emosi nyer terganggu kerana mula bosan dengan keadaan diri
Jiwanya menangis.. dia terlalu ingin nak berjalan macam orang lain.. Pilu!.. Kesal!.. Hampir putus asa!.. pas tu dia bik wudhuk dan solat.. dia termangu jap.. tapi aku masih bleh baca dan menulis.. fikir dalam hatinya.. apalah masalahnya kalo nak dibandingkan ngan Si D
Si D seorang yg lumpuh seluruh badan dan tak mampu nak wat apa2 pun.. makan melalui tiub yg ditebuk melalui perut.. selalu merintih sehingga meminta Allah ambil saja nyawanya.. siapa yg tahu kan apa yg dirasa.. bagaimana perasaannya menahan kekecewaan dan keinginan utk bergerak
Jadi kita fikir2 kan lah.. Allah menduga hambaNya sesuai dengan kemampuan. Seteruk mana masalah yg menimpa sesungguhnya ada lagi org lain yg lebih tak bernasib baik cam kita.. setiap orang akan menghadapi pelbagai bentuk masalah.. kalau kita seorang yg normal dan sedang hadapi masalah.. itulah kesesuaian ujian pada kita
Allah memberi peringatan pada kita melalui ujianNya.. dan hanya padaNya tempat kita memohon agar diberi jalan penyelesaian yg baik diatas apa saja musibah yg melanda.. Allah sentiasa memerhatikan.. apakah laluan yg jadi pilihan kita diatas dugaan itu
burung berkicau saat embun menitik rona matahari di langit jingga indahnya alam maya menggamit kenangan dingin malam nan syahdu mengulit kesepian memori usang segar di ingatan
ayie^^
Al-Furqan
bila dibaca, setiap satunya, bawalah aku terbang, bersama tulisanNya.
bila didengar, alunannya, bukakan hati, ia satu irama.
bila jelas, apa isinya, senyumlah, bersama semangat perwira, tersemat, di hati srikandi, berjuang, untuk hadiah dikotak hati.
My little bro Adi Haikal ^^ (070707)
Jantung ini, masih bernyawa, jari ini, masih merasa, lidah ini, masih fasih berbicara.
Takut nanti, tiada nyawa, takut nanti, dah tak rasa, takut nanti, lidah kelu, bila terbang diudara.
Aku hamba, aku hamba, aku hamba.
manusia itu lupa! manusia itu alpa! nafsu itu raja! buta itu cahaya! jahil itu kita! sombong itu kita! bongkak itu kita! dengki itu kita!
Dunia ini takut bersuara, kerana kita khalifah dunia.
Saat hitung akan tiba, mati itu sementara, akhirat itu hasil cerita.
Laluilah dengan tenang di tengah-tengah keriuhan dan kesibukan pentas dunia ini dan ingatlah bahawa segala ketenteraman lahir dari JIWA yang suci.
Seberapa yang terdaya semaikan benih kemesraan pada setiap insan serta kekalkan semangat muhibah dan berbudilah bahasa setiap masa.
Lahirkan dengan perlahan dan tegas perkara-perkara yang hak.
Dengarlah kata-kata keluhan setiap daripada mereka walaupun membosankan atau jahil.
Mereka juga mempunyai kisah hidup pahit manisnya.
Jauhilah mereka yang kasar dan sombong kerana mereka ini adalah pengacau jiwa halusmu.
Jika engkau selalu bandingkan dirimu dengan yang lebih tinggi, mungkin engkau akan rasa kecil dan kecewa. Tetapi ingat, di setiap lubuk dan pelusuk dunia ini ada yang kurang nasib baiknya daripadamu.
Berbanggalah dengan segala titik peluh usaha dan rancangan masa depanmu.
Berhati-hatilah dalam mengatur pekerjaan dan urusanmu kerana dunia ini penuh dengan segala tipu helah.
Janganlah pula engkau selalu mempunyai sangkaan buruk pada setiap sesuatu.
Ramai di antara mereka yang berjuang untuk hidup perlukan keberanian dan pengorbanan.
Teruskan hidupmu yang sederhana dan dengan yang terdaya.
Usah hidup berpura-pura.
Ambil pengajaran dari masa silammu.
Tanamkan JIWA keimanan dan isikan ia dengan titisan cahaya ilmu yang suci.
Hargailah dirimu.
Kamu ditakdirkan berada di sini, maka sujudlah kepadaNya dengan HATI yang tenang dan JIWA yang khusyuk.
Berhati-hatilah merintis jalan hidup ini….
bertaffakurlah….
dan berkomunikasilah dengan Allah sepanjang masa
"...Wahai jiwa yang tenang kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu..."(Surah Al-Fajr: 27-30)
Don’t be sad, because the grief will make stored property in your aesthetical furnitures, in proud your palaces, and in the green your gardens would only increase emergency and your grief only.
Don’t be sad, because the grief will become medicine which gave by doctor, sold at pharmacies, and diagnosed one doctor will not ever make happy yourself. What else when you still inculcate grief in heart, suspend grief in second eyelid, let yourself to be entered the grief, and smuggle its under the skin, then all that'd vain.
Don’t be sad, because your still own prayer. You can kneel front God almighty doors, and yours can gain peace in front of the doors Royal's King of all kings. You also still owns third time last night and still stuck on forehead to earth, prostrate.
Don’t be sad, because Allah already creating earth with everything his fill, have grew parks which gives beautiful scenery, filled gardens aesthetical and leafy plant for you, dates high which possess arranged palm-blossom, bright stars, forest, and rivers.
Don’t be sad, because you still able drink clear waters, sipping great atmosphere, walk above second foot without using doormat, and your still can sleep soundly in nocturnal.
Beg for pardon far so that you discover way out, get spiritual calmness, legitimate property, and pious family.
Prophet said: “Anyone increases Istighfar (beg for pardon), certainly Allah will give way out for every emergency and will open exit from each narrowness"
La tahzan, Dr. Aidh alqarny…
Berkata Imam Ghazali...
"Ukhuwwah itu bukan terletak pada kata-kata yang manis atau pertemuan, tetapi terletak pada sejauh mana ingatanmu terhadapnya di dalam doamu kepada Allah Subhanahu Wa Taala.."
Daripada Abu Hurairah r.a.:
Bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya yakni sahabatnya di sebuah kampung yang lain. Lalu Allah menyuruh seorang malaikat untuk memerhatinya di dalam perjalanan. Lalu malaikat itu bertanya kepada lelaki itu, “Hendak ke mana engkau?” Lelaki tersebut menjawab, “Aku hendak menemui seorang sahabatku di kampung itu”. Malaikat bertanya lagi, “Adakah bagimu bumi kepadanya yang engkau mengharap balasan daripadanya?” Tidak, aku mencintainya kerana Allah SWT. Maka berkatalah malaikat itu kepadanya, “Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau. Bahawa sesungguhnya Allah SWT telah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai dia kerana Allah”. (Hadith riwayat Muslim).
"Tuhan menciptakan kasih sayang itu seratus bahagian.Sembilan puluh sembilan daripadanya disimpan disisinya...Satu bahagian sahaja yang diturunkannya ke dunia.Dengan kasih sayang itulah makhluk saling berkasih sayang, sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terinjak..." (HR Bukhari)
"Ukhuwwah itu bukan terletak pada kata-kata yang manis atau pertemuan, tetapi terletak pada sejauh mana ingatanmu terhadapnya di dalam doamu kepada Allah Subhanahu Wa Taala.."
Daripada Abu Hurairah r.a.:
Bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya yakni sahabatnya di sebuah kampung yang lain. Lalu Allah menyuruh seorang malaikat untuk memerhatinya di dalam perjalanan. Lalu malaikat itu bertanya kepada lelaki itu, “Hendak ke mana engkau?” Lelaki tersebut menjawab, “Aku hendak menemui seorang sahabatku di kampung itu”. Malaikat bertanya lagi, “Adakah bagimu bumi kepadanya yang engkau mengharap balasan daripadanya?” Tidak, aku mencintainya kerana Allah SWT. Maka berkatalah malaikat itu kepadanya, “Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau. Bahawa sesungguhnya Allah SWT telah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai dia kerana Allah”. (Hadith riwayat Muslim).
"Tuhan menciptakan kasih sayang itu seratus bahagian.Sembilan puluh sembilan daripadanya disimpan disisinya...Satu bahagian sahaja yang diturunkannya ke dunia.Dengan kasih sayang itulah makhluk saling berkasih sayang, sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terinjak..." (HR Bukhari)