Author: TamingSari
•Saturday, June 21, 2014


Adakah anda perasan, satu ikat atau satu tandan pisang yang anda beli akan cepat rosak atau busuk setelah 2 atau 3 hari disimpan, tak kiralah di dalam atau di luar peti sejuk.

Adakah anda tahu, pisang akan lebih tahan lebih dari 5 hari jika anda mempraktikkan cara yang bukan sahaja senang, tapi mampu untuk memberikan anda ilmu-ilmu yang sangat menarik dalam mengenali selok-belok kejadian Allah swt, insyallah.

Langkah 1:  Memelihara setandan pisang:  Balut Batang dengan pembalut plastik.






Untuk menjaga satu ikat pisang segar untuk lebih lama, balut batang dalam satu atau lebih bungkus plastik (xkira walauapa jua jenis plastik).
 

 

Kaedah ini akan menghalang gas ethylene (dihasilkan secara semula jadi dalam proses masak, dan ia banyak dikeluarkan dari bahagian pangkal pisang), daripada sampai ke bahagian lain pisang dan menyebabkan ia masak terlalu awal.
Adakah anda tahu, dengan gas ethylene yang dikelaurkan oleh pisang ini, ia mampu membuatkan buah-buahan lain yang disimpan bersama akan cepat masak hasil dari pertolongan gas ethylene pisang ini. Seperti contoh, buah langsat atau duku yang masih mentah atau muda, akan masak setelah diletakkan 2 atau 3 hari bersama pisang.

(Langkah seterusnya adalah kaedah pilihan saya)

Langkah 2: Asingkan buah pisang dari sikatnya, dan ikat pangkal pisang tersebut dengan plastik kecil secara individu.

Pangkal bahagian bahagian setiap buah pisang juga mampu untuk mengeluarkan gas ethylene tapi tidak sebanyak bahagian sikatnya. Setiap  buah pisang juga mempunyai tahap masak yang berbeza-beza. Jadi, pisang  yang telah masak akan lebih cepat buruk berbanding dengan rakan pisang lain yang separa masak.


Photobucket
 
 
This entry was posted on Saturday, June 21, 2014 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Stay Healthy ^ ^

Ts