Beralah bukan semestinya kalah menang tak semestinya juara umpama tangis dan tawa ada titis yang luruh mencalar jiwa ada titis yang jatuh menjemput bahagia umpama nyawa terukir membawa madu ada masanya membawa hempedu
Terkadang dengan mata hati kita mampu merawat parahnya kecewa terkadang dengan mata hati kita mampu melihat cerminan diri di wajah peribadi
Mencintai adalah wajar Jatuh cinta adalah wajar Dicintai adalah wajar
Maka ketika engkau jatuh cinta kepada seseorang Bukan bererti engkau harus memlilikinya secara utuh Sebab engkau tentu cukup sedar bahawa belum tentu orang yang engkau sukai adalah yang terbaik bagimu
Belum tentu juga orang yang tidak engkau sukai adalah bukan yang terbaik bagimu
Semoga engkau dipertemukan Allah dengan pasangan yang tepat untukmu
Berbahagialah orang yang boleh bersatu dengan orang yang dicintainya
Tetapi, jika kelak engkau bersatu dengan orang yang bukan engkau cintai Maka hanya satu yang kamu mesti lakukan Berusahalah belajar mencintai Orang yang menjadi pasangan hidupmu
1. utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, krn beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.
2. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, krn itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.
3. utk cukai pendapatan yg kita kena bayar, krn itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.
4. utk pakaian kita yang dah tak muat, krn itu bermakna kita cukup makan.
5. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu dikemas , krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.
6. utk bunyi bising jiran², krn itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.
7. utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok krn itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.
8. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, krn itu bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat.
9. utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, krn itu bermakna kita masih berupaya utk berjalan.
10.utk jam loceng yg berde ring pd waktu pagi, krn itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...
kita adalah apa yg kita fkirkan kita adalah apa yg kita percaya semua yg kita fikirkan dan percaya - di install dalam minda n dibawah sedar... dan tubuh akan bertindakbalas dengan arahan dari minda...
Berfikiran positif membolehkan minda kita mengeluarkan arus alpha iaitu arus kecemerlangan untuk membina kejayaan. (Fadzilah Kamsah)
Berfikiran positif juga membuatkan perkara yang sukar menjadi senang, masalah bertukar menjadi peluang, masa depan kelihatan lebih cerah dan insyaAllah rezeki pun akan meluas. Fikiran-fikiran positif itu adalah doa berpanjangan yang kita panjatkan. Selama kita berfikiran positif, selama itulah menjadi satu pengharapan yang amat besar terhadap ALLAH…