Author: TamingSari
•Sunday, June 13, 2010

Mata itu brterusan bergolek, Sambil jiwa bersemai molek…
Walau ilmu ringkas dan pendek, Walau menulis ke fajar sadik…
Rasanya berterusan berkocek, Tidak sembunyi mahupun lokek…
Kerna zahirnya suatu; bukan merepek, Kerna lahirnya suatu; bukan dirobek…!

Jika kamu memancing ikan….setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu
mengambil terus ikan itu….
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam
air begitu sahaja….
kerana ia akan sakit…
oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin
ia akan menderita selagi ia masih hidup…

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan
kepada seseorang…
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga
hatinya….
janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu
sahaja….kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia
mengingatimu….

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu
mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh…. cukuplah sekadar keperluanmu….
Apabila sekali ia retak…. tentu sukar untuk kamu
menampalnya semula….
akhirnya ia dibuang….
sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih
boleh digunakan lagi….

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah
seadanya….
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu
menganggapnya begitu istimewa….
anggaplah dia manusia biasa.Apabila sekali dia melakukan kesilapan …bukan mudah
bagi kamu untuk menerimanya…. akhirnya kamu kecewa
meninggalkannya.Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan
kamu akan berterusan hingga ke akhirnya….

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi… yang kamu
pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan…Berkhasiat…
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang
lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh
memakannya.
Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang
insan…..
yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu.
Menyayangimu… Mengasihimu…
Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan
yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi
milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal…..

Pernah kita untuk terfikir apa yang akan berlaku di masa hadapan? muka yang kacak akan berkedut seribu,anak-anak yang terlebih nakal dari kita,seringgit sama nilai sepuluh ringgit, dan memacam lagi. Jika difikirkan masalah ini,tentu tak tidur malam dibuatnya.

jadilah seperti kanak-kanak kerana hidupnya dan fikiran dalam ruang masa sekarang.Kalau bergaduh,esok pagi boleh tepuk tampar lagi.Masalah diselesaikan di kamar tidur.Setiap hari ceria sekali. Dalam kesibukan bekerja sedekahlah sedikit senyuman kepada orang di sekitar kita.Apa-apa yang kita buat ada balasannya sama ada cepat atau lambat.Budi yang dibuat usahlah hendak dikira atau diingatkan tetapi jadikan sebagai daya tolak untuk terus melangkah…langkah sekecil langkah semut sekalipun perlu dilakukan untuk mengejar impian…perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.

ku biarkan tinta berbicara…
bicara yang tiada makna pada pembaca…
Namun ku titipkan luahan rasa…
Yang mengalir darah ilusi pada sebuah rasa.


Photobucket

This entry was posted on Sunday, June 13, 2010 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

3 comments:

On June 14, 2010 at 2:54 AM , izzuddinmohd said...

wahai Zulsairi...
mu, kebelakangan ni aku tgok mcm jiwang sgat doh...
bkpe, pende berlaku...
meh, cerita ke aku...

 
On June 18, 2010 at 5:43 PM , wiSecLock said...

tinta yang bagus.. =)

 
On June 20, 2010 at 10:49 PM , TamingSari said...

=)..xdo gapo2 lah juding..beso2 jah..supo skalo....hehe....

trime kasih syar ... :)

 
Related Posts with Thumbnails

Stay Healthy ^ ^

Ts