•Saturday, June 21, 2014
Adakah anda perasan, satu ikat atau satu tandan pisang yang anda beli
akan cepat rosak atau busuk setelah 2 atau 3 hari disimpan, tak kiralah di dalam
atau di luar peti sejuk.
Adakah anda tahu, pisang akan lebih tahan lebih dari 5
hari jika anda mempraktikkan cara yang bukan sahaja senang, tapi mampu untuk
memberikan anda ilmu-ilmu yang sangat menarik dalam mengenali selok-belok
kejadian Allah swt, insyallah.
Langkah 1: Memelihara setandan pisang: Balut Batang
dengan pembalut plastik.
Untuk
menjaga satu ikat pisang segar untuk lebih lama, balut batang dalam satu atau lebih bungkus plastik (xkira walauapa jua jenis plastik).
Kaedah ini akan menghalang gas ethylene (dihasilkan secara semula jadi dalam proses masak, dan ia banyak dikeluarkan dari bahagian pangkal pisang),
daripada sampai ke bahagian lain pisang
dan menyebabkan ia masak terlalu awal.
Adakah anda tahu,
dengan gas ethylene yang dikelaurkan oleh pisang ini, ia mampu membuatkan
buah-buahan lain yang disimpan bersama akan cepat masak hasil dari pertolongan
gas ethylene pisang ini. Seperti contoh, buah langsat atau duku yang masih
mentah atau muda, akan masak setelah diletakkan 2 atau 3 hari bersama pisang.
(Langkah seterusnya adalah kaedah pilihan saya)
(Langkah seterusnya adalah kaedah pilihan saya)
Langkah
2: Asingkan buah pisang dari
sikatnya, dan ikat pangkal pisang tersebut dengan plastik kecil secara
individu.
Tips ^^V
|
0 comments: