•Friday, August 06, 2010
Sampai bila rasa sakit ini ada? Sampai bila cubaan datang bertubi-tubi? Sesungguhnya cubaan itu tak harus sesuatu yang nyata. Pernahkah kau sedar akan kesendirianmu? Pernahkah kau sedar akan jauhnya engkau dari orang-orang yang kau sayangi? Pernahkah kau sedar akan jauhnya engkau dari Tuhanmu?
Jalan keluar tak pernah berhenti kita cari, berusaha sudah bagaikan tak mampu lagi, namun seberapa sering semua itu tidak menghasilkan apa-apa? Berputus asakah kita? Beruntunglah bagi orang-orang yang berani menghadapinya, namun tak sedikit juga yang melarikan diri darinya.
Alangkah indahnya saat semangat kita sedang terjatuh, kita melihat kepada sebuah pohon yang di mana dedaunannya terjatuh dari rantingnya. Kerana sesungguhnya:
Bukankah tak ada satu daunpun yang jatuh dari pohonnya, kecuali Tuhan mengetahuinya? Jika daun yang sekecil itu, yang mungkin jatuhnya ke tanah tak bererti apa-apa, Tuhan saja mengetahuinya, apalagi hambaNya yang menatapNya ke atas sana dan memohon kepadaNya dengan isak tangis dan air mata.
Jangan pernah takut akan kegagalan. Yakinlah semua itu telah diatur. Jika engkau percaya bahawa semua kenikmatan yang ada di muka bumi ini ada yang mengaturNya, demikian juga dengan cubaan. Yakinlah bahawa cubaan itu tak ada yang selamanya. Ambillah cubaan itu dengan sikap yang positif, dengan menganggap bahawa cubaan itu merupakan sebuah cara agar engkau lebih dekat dengan Tuhanmu. Sesungguhnya cubaan memang benar-benar akan mendekatkan engkau dengan Tuhanmu.
Usaplah wajahmu... Ucapkan syukur... Sesungguhnya Tuhan sayang kepada hamba-hambaNya... Maka tunjukkanlah padaNya engkau layak untuk disayangNya...amen
0 comments: