•Monday, June 28, 2010
Sunnah Nabi s.a.w elok dicontohi & sungguh bermanfaat !!!
dan yg pastinya kita kekal awet muda disamping itu kita juga boleh...... freekan?
"Bila Allah cepatmakbulkan doamu, maka Dia menyayangimu. Bila Dia lambat makbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu. Bila Dia tidak makbulkan doamu maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu. Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaanpun kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya"
Setiausaha Parlimen Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, air liur basi yang dipandang jijik menyimpan khasiat khusus bagi mencerna sistem dalam tubuh manusia.
``Keberkesanan air liur basi bagaimanapun hanya untuk keperluan tubuh badan individu itu sendiri dan bukan untuk dikongsi dengan orang lain.
``Cara amalannya pula hanya berkesan jika seseorang itu bangun dari tidur dengan terus meminum air putih biasa tanpa perlu mencuci muka, berkumur-kumur atau membersihkan badan,'' katanya.
Sistem rawatan tersebut menurut Dr. Mashitah, telah menjadi amalan Rasulullah S.A.W dalam kehidupan harian baginda dan telah dikesan kemujarabannya oleh pakar sains perubatan moden.
Pakar Pemakanan Jabatan Pemakanan dan Sains Kesihatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Rokiah Mohd Yusof, berkata antara bacteria baik ialah lactobacillus dan bisido, bacteria yang berkhasiat dalam system pencernaan tubuh manusia.
Beliau menyarankan seseorang itu menggosok gigi setiap kali sebelum tidur bagi mengurangkan bacteria yang tidak baik berkumpul di dalam mulut.
‘Air liur basi yang diminum bersama air biasa ketika bangun pagi akan masuk ke bahagian usus kecil untuk tujuan penghadaman sebelum berkumpul di usus besar”
Dr Rokiah berkata, air liur juga mengandungi enzyme yang boleh menghadamkan karbohidrat dan jika ditelan akan mmbantu memudahkan makanan memasuki saluran tekak.
Sistem rawatan tersebut telah menjadi amalan Rasulullah SAW dalam kehidupan harian baginda dan telah dikesan kemujarabannya oleh pakar sains perubatan moden. Nabi Muhammad semasa hayatnya akan meneguk air putih biasa terlebih dahulu sebelum baginda bersugi dan berwuduk menunaikan solat subuh setia p pagi.
2 comments:
nama je air liur basi..
tp sedap je kalau minum dgn air masak.
tu la. ape yg sunnah tu, mesti ada manfaat nya.. (n_n)
hehe..betul tu *....;D...setiap kejadian yg Allah ciptakan tiada yg sia2 melainkn kita mnemui sesuatu yg berguna untuk kita...
C